Minggu, 04 Maret 2012

Kebesaran Allah S.W.T makhluk kecil hinnga besar memuji kepada-Nya

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

19 Komen
 
 
 
 
 
 
3 Votes

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saya sudah lama menulis tentang perkara ini, tetapi saya tulis dalam Bahasa Inggeris di blog lain. Saya ingatkan telah menulisnya dalam Bahasa Melayu, rupa-rupanya belum. Saya cari-cari tidak jumpa. Maka saya cuba lah tulis kembali tentang semua mahkluk bertasbih memuji Allah S.w.t.  Semoga saudara-saudara agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah :)
Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk.  Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk  iaitu  ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti  Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares  dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1
Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain?  Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.

Konsep ATOM, planet-planet dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji Allah , maka begitu juga lah Atom, planet-planet dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji-muji Allah.  Dan ketahuilah, tiada tempat di dunia ini yang selama 24 jam sehari dipenuhi orang tawaf tanpa henti bergilir-gilir begitu, SubhanAllah.  Begitu juga jika dilihat pada suatu AZAN yang dilaungkan apabila masuk waktu solat, ianya sentiasa berkesinambungan tanpa henti dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia ini mengikut waktu-waktunya.  Dengan kata lain, AZAN itu diibaratkan bunyi membesarkan Allah yang tawaf mengelilingi Bumi tanpa henti, masyaAllah.

Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat-ayat dalam AlQuran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji Allah, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji Allah, terutamanya orang-orang yang tidak beriman.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44
kaabah
Kaabah letaknya bersetentangan / selari dengan masjid para malaikat di langit iaitu Baitul Ma’mur dan bersetentangan dengan Arasy Allah di langit ke tujuh.  Maka umat Islam bukan mengelilingi Kaabah kerana menyembah Kaabah , tetapi penyatuan segala HATI menuju ALLAH. Mengadap ke arah Kaabah hanya lah mengadap kiblat, yang mana kiblat itu secara terus menuju kepada Allah S.w.t.
Walaubagaimana pun manusia sendiri tidak sedar betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji Allah. Kerana apa?  Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri dari susunan ATOM. Gabungan dari ATOM-ATOM lah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM-ATOM pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.
Elektron sentiasa mengelilingi Nukleus di dalam ATOM, dan dengan ini lah disabitkan bahawa mereka itu tawaf sambil memuji-muji Allah S.w.t.

Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya?  Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya insyaAllah.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar Ra’d : Ayat 28
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41
Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji Allah;
“Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” Surah Ar Ra’d : Ayat 13
Dan banyak lagi ayat AlQuran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji Allah. Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji Allah dan masih memuji makhluk-makhluk lain?  Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” Surah As Sajdah : Ayat 15
Semoga kita kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Cintai Allah, cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk. Peace, love and justice for all :)

Subhanallah !!!

AlQuran dan asal penciptaan alam semesta



2 Votes
Assalaamu’alaikum w.b.t..  Berikut adalah artikel yang bertajuk ‘The Noble Quran on the Origin of the Universe’ dan terjemahan disertakan di bawahnya.
The Noble Quran on the Origin of the Universe
The science of modern cosmology, observational and theoretical, clearly indicates that, at one point in time, the whole universe was nothing but a cloud of ‘smoke’ (i.e. an opaque highly dense and hot gaseous composition). [1] This is one of the undisputed principles of standard modern cosmology. Scientists now can observe new stars forming out of the remnants of that ‘smoke’ (see figures 10 and 11).
Figure 10: A new star forming out of a cloud of gas and dust (nebula), which is one of the remnants of the ‘smoke’ that was the origin of the whole universe. (The Space Atlas, Heather and Henbest, p. 50.)
Figure 11: The Lagoon nebula is a cloud of gas and dust, about 60 light years in diameter. It is excited by the ultraviolet radiation of the hot stars that have recently formed within its bulk. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, plate 9, from Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)
The illuminating stars we see at night were, just as was the whole universe, in that ‘smoke’ material. God has said in the Quran: “Then He turned to the heaven when it was smoke…” (Quran, 41:11)
Because the earth and the heavens above (the sun, the moon, stars, planets, galaxies, etc.) have been formed from this same ‘smoke,’ we conclude that the earth and the heavens were one connected entity. Then out of this homogeneous ‘smoke,’ they formed and separated from each other. God has said in the Quran:
“Have not those who disbelieved known that the heavens and the earth were one connected entity, then We separated them?…” (Quran, 21:30)
Dr. Alfred Kroner is one of the world’s renowned geologists. He is Professor of Geology and the Chairman of the Department of Geology at the Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. He said: “Thinking where Muhammad came from . . . I think it is almost impossible that he could have known about things like the common origin of the universe, because scientists have only found out within the last few years, with very complicated and advanced technological methods, that this is the case.” [2] (To view the RealPlayer video of this comment click here ). Also he said: “Somebody who did not know something about nuclear physics fourteen hundred years ago could not, I think, be in a position to find out from his own mind, for instance, that the earth and the heavens had the same origin.” [3] (View the RealPlayer video of this comment ).
Footnotes:
(1) The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, pp. 94-105.
(2) The reference for this saying is This is the Truth (video tape). For a copy of this video tape, please contact one of the organizations listed on this page.
(3) This is the Truth (video tape).
Source : http://www.answering-christianity.com
———————————-
Terjemahannya
———————————-
Sains tentang Kosmologi moden , pemerhatian dan teori, dengan jelasnya menandakan bahawa pada suatu masa dahulu, seluruh alam ini tiada melainkan segumpal asap (seperti yang legap sangat tebal dan komposisi gas panas). [1] Ini adalah satu prinsip kosmologi moden standard yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Para saintis masa kini boleh memerhatikan pembentukan bintang baru dari bekas-bekas asap itu. (lihat gambar 10 dan 11).

Gambarajah 10 : Bintang baru terbentuk dari segumpal awan gas dan debu (nebula), yang mana adalah salah satu dari bekas-bekas asap asal yang membentuk alam semesta. (The Space Atlas, Heather and Henbest, p. 50.)
Gambarajah 11 : Nebula lagun ini ialah sekumpulan awan gas dan debu, kira-kira berdiameter 60 tahun cahaya. Ianya dirangsangkan dengan Radiasi Ultraungu bintang-bintang panas yang kebelakangan ini terbentuk dalam kelompoknya. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, plate 9, from Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)
BIntang-bintang yang berkerlipan yang kita lihat di waktu malam , sama seperti seluruh cakerawala, dalam bahan asap itu. Allah telah berfirman dalam AlQuran;
“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap ……” Surah Fusshilat : Ayat 11
Kerana Bumi dan langit di atas (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi, dsbnya..) telah dibina dari ‘asap’ yang sama , kami membuat kesimpulan bahawa Bumi dan langit pernah menjadi satu entiti yang berhubungan. Kemudian luar dari asap yang sama jenis ini mereka telah terbentuk dan terpisah antara satu sama lain. Allah berfirman lagi dalam AlQuran;
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 30
Dr. Alfred Kroner ialah seorang dari ahli geologi terkenal dunia. Dia ialah seorang professor geologi dan juga Pengerusi Jabatan Geologi di Institut Geosains di Universiti Johannes Gutenberg, Mainz, Jerman. Dia berkata, “Memikirkan dari mana Muhammad datang …… Saya rasa adalah mustahil bahawa dia boleh mengetahui sesuatu seperti asal kejadian alam semesta. Kerana saintis hanya mengetahui perkara ini beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kaedah teknologi yang maju dan komplikated. [2] Juga dia berkata, “seseorang yang tidak tahu tentang fizik nuklear 1400 tahun yang lalu tidak boleh, saya rasa, berada dalam keadaan mengetahuinya dari pemikirannya sendiri, sebagai contoh, Bumi dan langit mempunyai asal yang sama. [3]

Di mana ALLAH S.W.T ?

TATA CARA SHALAT JENAZAH
Shalat jenazah memiliki tata cara yang berbeda dengan shalat yang lain, karena shalat ini dilaksanakan tanpa ruku’, tanpa sujud, tanpa duduk, dan tanpa tasyahhud. Berikut perinciannya:
  1. Bertakbir 4 kali, demikian pendapat mayoritas shahabat, jumhur tabi‘in, dan madzhab fuqaha seluruhnya.
  2. Takbir pertama dengan mengangkat tangan, lalu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (sedekap) sebagaimana hal ini dilakukan pada shalat-shalat lain. Al-Imam Al-Hafizh Ibnul Qaththan  berkata: “Ulama bersepakat bahwa orang yang menshalati jenazah, ia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya pada takbir yang awal”.[1]Ibnu Hazm  menyatakan: “Adapun mengangkat tangan ketika takbir dalam shalat jenazah, maka tidak ada keterangan yang menunjukkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya, kecuali hanya pada awal takbir saja. Asy-Syaikh Al-Albani  berkata: “Tidak didapatkan dalam As-Sunnah adanya dalil yang menunjukkan disyariatkannya mengangkat tangan pada selain takbir yang pertama. Sehingga kita memandang mengangkat tangan di selain takbir pertama tidaklah disyariatkan. Demikianlah pendapat madzhab Hanafiyyah dan selain mereka. Pendapat ini yang dipilih oleh Asy-Syaukani   dan lainnya dari kalangan muhaqqiq”.[2]
  3. Setelahnya, berta‘awwudz lalu membaca Al-Fatihah dan surah lain dari Al-Qur`an. Bacaan dalam shalat jenazah tidaklah dijahrkan namun dengan sirr (pelan), berdasarkan keterangan yang ada dalam hadits Abu Umamah bin Sahl, ia berkata: “Yang sunnah dalam shalat jenazah, pada takbir pertama membaca Al-Fatihah dengan perlahan kemudian bertakbir tiga kali dan mengucapkan salam setelah takbir yang akhir”.[3]
  4. Takbir kedua, lalu bershalawat untuk Nabi Shallallahu ‘alai wasallam sebagaimana lafadz shalawat dalam tasyahhud.
  5. Takbir ketiga, lalu berdoa secara khusus untuk si mayat secara sirr menurut pendapat jumhur ulama. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kalian menshalati mayat, khususkanlah doa untuknya”.[4]
    Di antara sekian doa yang pernah diucapkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk jenazah adalah: “Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Lindungilah dia dari perkara yang tidak baik dan maafkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskan/ lapangkanlah tempat masuknya. Basuhlah ia (dari bekas-bekas dosa) dengan air, salju dan es. Sucikanlah dia dari kesalahan-kesalahannya sebagaimana engkau mensucikan pakaian putih dari noda. Gantikanlah untuknya negeri yang lebih baik daripada negerinya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangan hidupnya. Masukkanlah ia ke dalam surga, lindungilah dia dari adzab kubur dan adzab neraka”.[5]
  6. Pada takbir terakhir, disyariatkan berdoa sebelum mengucapkan salam dengan dalil hadits Abu Ya‘fur dari Abdullah bin Abi Aufa ia berkata: “Aku menyaksikan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam (ketika shalat jenazah) beliau bertakbir empat kali, kemudian (setelah takbir keempat) beliau berdiri sesaat –untuk berdoa–[6]. Al-Imam Ahmad  berpendapat disunnahkan berdoa setelah takbir terakhir ini, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Masa`il Al-Imam Ahmad (153). Demikian pula pendapat dalam madzhab Asy-Syafi‘iyyah
  7. Kemudian salam seperti salam dalam shalat lima waktu, dan yang sunnah diucapkan secara sirr (pelan), baik ia imam ataupun makmum.


 [1] Al-Iqna’ fi Masa`ilil Ijma’, 1/186
[2] Ahkamul Jana`iz
[3] HR. An-Nasa`i
[4] HR. Abu Dawud
[5] HR. Muslim
[6] HR. Baihaqi
ADVERTISEMENT
This entry was posted in Shalat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Balasan


Fill in your details below or click an icon to log in:
Gravatar


Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.
Fonts by Typekit